Assalamualaikum,
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bacalah olehmu akan al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat memberi syafa’at kepada pembacanya”- (Riwayat Muslim)
“Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran” (Riwayat al-Tirmidzi)
“Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat” (Riwayat Ahmad)
Dalam surah (7) Al-A'raaf ayat 204: "Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikan lah tenang, agar kamu mendapat rahmat"
Oleh yang demikian, dengan hormatnya tuan-tuan & puan-puan sekalian dijemput untuk menghadiri majlis pemilihan qari & qariah untuk mewakili PKIJHQ ke majlis tilawah Al-Quran PKIJ Sarawak Ke-10 yang akan diadakan di Mukah pada 26-28 Oktober 2010. 4 orang qari & 2 orang qariah akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan akan dihakimi oleh 2 orang hakim jemputan daripada JAIS. Majlis pemilihan peserta qari & qariah ini akan diadakan pada hari Rabu 6/10/2010 jam 10 pagi esok di Bilik Muhibah, tingkat 18, ibu pejabat JKR Sarawak.
Semoga tuan-tuan & puan-puan yang hadir akan beroleh kebaikan daripada Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment