Wednesday, April 11, 2012

Majlis Ramah Tamah 2011 anjuran PKIJHQ



Pada 26 September 2011, PKIJHQ telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aildilfitri 2011 yang telah diadakan di Bilik Muhibbah Tingkat 18. Sambutan yang menggalakkan terutama dari kakitangan pelbagai cawangan dan seksyen Ibu Pejabat. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah JKR, Ir Zuraimi Hj Sabki serta Timbalan Pengarah (Pengurusan), Ir Liew Jiu Ming.














Thursday, August 4, 2011

Ceramah Ihya Ramadhan 2011


Pada 29 Julai 2011, sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan, PKIJHQ telah mengadakan satu ceramah/majlis ilmu yang bertajuk Ceramah Ihya Ramadhan.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Wan Hadi bin Wan Shukri dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Selamat datang Ramadhan ini. Moga kehadiran mu mendatangkan rahmat pada kami. Terima kasih kepada hadirin yang menjayakan majlis ini.

Wednesday, July 6, 2011

Taklimat Tabung Haji dan Umrah

Pada 17 Jun 2011 yang lepas, PKIJHQ telah mengadakan satu taklimat mengenai Tabung Haji dan Umrah yang telah disampaikan oleh pihak Tabung Haji Cawangan Kuching. Penceramah adalah saudara Tn Haji Zakaria bin Saudi.

Intipati taklimat adalah berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji Malaysia dalam mengurus hal ehwal Haji dan Umrah di samping cara untuk menabung dan mendaftar sebagai jemaah haji.

Sambutan yang diberikan daripada hadirin begitu menggalakkan. Pelbagai soalan dan kemusyikilan telah diutarakan kepada penceramah. Terima kasih kerana telah menjayakan majlis tersebut.

Sunday, May 22, 2011

Kembali ke rahmatullah..

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Cik Amina bt Mohd Suka dari Cawangan Jalan, telah kembali ke rahmatullah pada Ahad 22hb Mei 2011, jam 2.05 pagi di Hospital Umum Sarawak. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Samariang.

Allahyarhamah juga merupakan bekas AJK PKIJHQ sesi 2008/2010. Beliau merupakan seorang rakan yang ceria, baik hati serta sangat dedikasi terhadap tugas & tanggungjawab beliau, khasnya ketika sama-sama dalam aktiviti PKIJHQ.

Semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau.

Saturday, February 19, 2011

Ceramah Maulidur Rasul 2011


Pada hari Jumaat 18/02/2011 yang lepas, Persatuan Kebajikan Islam JKR Ibu Pejabat (PKIJHQ) telah menganjurkan majlis ilmu/ceramah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul di Bilik Muhibbah, Tingkat 18. Ini adalah julung kalinya pihak PKIJHQ menganjurkan program untuk tahun 2011.


Tn Haji Yasmin sedang menyampaikan ceramah nya.

Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Hj Yasmin bin Hashim. Beliau merupakan seorang guru Sejarah di SMK St Teresa, Kuching. Program bermula tepat 3.15 petang yang dihadiri oleh staf-staf muslimin dan muslimah dari pebagai seksyen di Ibu pejabat JKR.



Antara sebahagian Staf Muslimin yang hadir.


Ceramah beliau dimulakan dengan petikan Surah al-Ahzab: ayat 21, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari Akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya."

Tn Hj Yasmin juga menerangkan tentang kisah sejarah Rasulullah S.A.W. dari biodata, saat kelahiran, sifat fizikal, pakaian, mukjizat dan Sunnah nabi yang mudah untuk diamalkan.

Pengerusi PKIJHQ, En Khairul Reza

Mengenali baginda Rasulullah S.A.W membuatkan kita jatuh hati padanya. Melakukan Sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya.Perbuatan orang yang mengamalkan nya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun baginda wafat, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan umat Nabi Muhammad.

Selain itu, Tn Hj Yasmin juga menyelitkan sedikit beberapa video dan audio lagu-lagu nasyid yang berkaitan dengan Nabi Muhammad. Ceramah beliau amat menghiburkan dengan gurau senda dan membuat para hadirin tidak kering gusi ketawa.

Ceramah dengan pengunaan skrin projektor bagi menjadikan ia lebih menarik dan berinformasi.

Ceramah beliau berakhir pada pukul 4.15 petang. Beliau juga membawa buku motivasi hasil ciptaan nya sendiri untuk dijual kepada para hadirin. Bagaikan goreng pisang panas, hasil jualan beliau telah habis dibeli oleh para hadirin. Penulis sendiri tidak berkesempatan untuk membeli nya...:)

Para hadirin Muslimah

Sambutan yang diberikan untuk ceramah pertama ini bolehlah dikatakan berjaya. Sedikit demi sedikit, para hadirin masuk untuk mendengar ceramah. Hinggakan ketika ceramah telah berakhir, penulis sendiri mendengar celoteh dari para hadirin yang hadir lewat."rugi tidak datang awal, memang best ceramah pada hari ini"..

Terima kasih diucapkan kepada yang telah hadir pada ceramah tersebut. Dan tak lupa kepada AJK PKIJHQ yang bekerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga jiwa kita sentiasa terikat dengan cahaya Ilahi dan nur hidayah Rasulullah S.A.W dengan selalu berselawat kepadanya...AMIN!!

Thursday, February 17, 2011

Ceramah Maulidur Rasul 2011

Assalamualaikum w.b.t,

Persatuan Kebajikan Islam JKR Sarawak HQ akan mengadakan satu majlis ilmu/ ceramah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.


TAJUK: CERAMAH MAULIDUR RASUL 2O11

PENCERAMAH: TUAN HJ YASMIN BIN HASHIM @ YASIN

TEMPAT: Bilik Muhibbah, Tingkat 18

TARIKH : Jumaat, 18 Februari 2011

MASA : 3:00 petang



Sehubungan dengan ini, semua kakitangan Islam adalah dijemput hadir.


Surah Al-Anbiya':

[107] Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.


Sekian, terima kasih

Wednesday, October 13, 2010

Majlis pemilihan qari bagi mewakili PKIJHQ ke Majlis Tilawah Al Quran PKIJ Sarawak - Rabu 6 Oktober 2010

Pada Rabu 6 Oktober 2010, PKIJHQ telah menganjurkan majlis pemilihan qari bagi mewakili PKIJHQ ke Majlis Tilawah Al Quran PKIJ Sarawak kali ke-10 yang akan diadakan di Mukah pada 26-28 Oktober 2010. Seramai 4 qari & 2 qariah telah mengambil bahagian. Mereka adalah:

En. Sarkawi Gapar (CMW)
En. Ibrahim Omar (CMW)
Hj. Takap b. Abang (HRM)
En. Ismail b. Majid (Account)
Pn. Rohana bt. Jolhi
Pn. Norzanah bt. Suhaimi (Account)

Bagi qariah pula, PKIJHQ akan diwakili (secara automatik) oleh juara bertahan 2008, Pn. Rohana Jolhi & Pn. Norzanah Suhaimi. Majlis berlangsung di Bilik Muhibah, ibu pejabat JKR Sarawak.

Majlis pemilihan qari serta pembacaan daripada qariah-qariah telah dihakimi oleh Ustaz San'Ani Fauzi (ketua hakim) & Ustaz Rimi Sahari daripada Unit Al-Quran & Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak. Aspek yang diambil kira dalam pemarkahan adalah seperti Tajwid, Taranum, Fasakhah & suara. Setelah semua peserta selesai memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, pihak hakim seterusnya memberikan ulasan berkenaan beberapa perkara berkaitan pembacaan Al-Quran serta aspek tertentu yang boleh diperbaiki

Setelah selesai sesi penilaian peserta, Hj Takap b. Abang telah mendapat tempat pertama, diikuti oleh oleh En. Sarkawi Gapar, En. Ismail b. Majid & En. Ibrahim Omar. Oleh yang demikian, Hj Takap b. Abang akan mewakili PKIJ Cawangan Ibu Pejabat ke Majlis Tilawah Al Quran PKIJ Sarawak kali ke-10 yang akan diadakan di Mukah pada 26-28 Oktober 2010 kelak.

Syabas & terima kasih kepada semua peserta & kakitangan muslim yang hadir kerana memeriahkan majlis ini.