Saturday, August 14, 2010

Ceramah Ihya Ramadhan 2010

Alhamdulillah, pada hari Isnin 9 Ogos 2010 bersamaan dengan 28 Syaaban 1431H, PKIJHQ telah mengadakan satu majlis ilmu agama/ceramah sempena menyambut Bulan Ramadhan di Bilik Muhibbah. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hassan Basri bin Hj Abdullah dari Sek Men Teknik Sejingkat. Kebetulan pada tahun lepas beliau memberi ceramah dengan tajuk yang sama juga.


Ustaz Hassan Basri menyampaikan ceramah nya.

Sambutan di kalangan para hadirin bolehlah dikatakan memuaskan. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah (Pengurusan) Ir Zuraimi b. Hj Sabki. Walaupun dengan kesibukan tugasan seharian tapi beliau sempat meluangkan masa untuk turut serta. Terima kasih diucapkan!

Para hadirin lelaki kelihatan dihadapan Ir Zuraimi, Pengerusi Khairul Reza dan Mohd Safuan

Antara isi kandungan ceramah adalah berkaitan dengan takrifan puasa, fadhilat puasa. Di samping itu, beliau turut menerangkan mengenai tahap puasa. Ia terbahagi kepada tiga iaitu puasa masyarakat awam yakni menahan diri dari makan dan minum sahaja. Kedua adalah puasa anggota tubuh badan iaitu menjaga mata, telinga, mulut dan anggota badan yang lain dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Dan yang terakhir sekali adalah puasa wali-wali dan rasul-rasul. Beliau menyarankan agar kita seelok-eloknya mencapai tahap puasa kedua tersebut.


Para hadirin wanita yg turut serta

Di samping itu, beliau menerangkan mengenai amalan-amalan serta perkara-perkara sunat yang di lakukan di bulan Ramadhan. Sememangnya, para hadirin tidak kering gusi ketawa dengan bahan jenaka yang turut diselitkan dalam ceramah beliau.



Kaunter pendaftaran di ketuai oleh Pn Habibah dan Pn Nor Azalina

Seperti pada tahun lepas, beliau sekali lagi menggunakan konsep sms untuk pertanyaan soalan dari para hadirin. Soalan yang dikemukakan pun boleh tahan juga. :)). Terima kasih diucapkan kepada para hadirin. Semoga apa yang disampaikan oleh Ustaz Hassan Basri dapat dijadikan pengajaran dan amalan kita di bulan Ramadhan ini..SELAMAT BERPUASA!!

No comments: