Saturday, August 1, 2009

Ceramah KONSEP WAKAF

Pada hari Jumaat 9 Syaban 1430H /31 Julai 2009, pihak PKIJHQ telah menganjurkan satu ceramah bertajuk KONSEP WAKAF, yang telah disampaikan oleh En. Abang Faizal bin Abang Marzuki dari Tabung Baitulmal Sarawak.

Selain daripada itu juga, majlis ini turut disertakan dengan sesi penerangan daripada pihak wakil jawatankuasa pengurusan masjid Al-Muhajirin, Matang Jaya yang terdiri daripada pemangku pengerusinya iaitu En. Haji Saed bin Haji Hassan serta Ketua Kaum En. Haji Abu Bakar berkenaan rancangan pembinaan masjid baru di Matang. Pihak PKIJHQ & pihak pengurusan masjid Al-Muhajirin, Matang Jaya ingin memberi peluang kepada seluruh muslimin-muslimah di JKR untuk berwakaf bagi membantu membiayai pembinaan masjid ini.


En. Safuan bin Abdullah selaku MC


Jemputan yang hadir



Penyampain ceramah oleh En. Abang Faizal bin Abang Marzuki dari Tabung Baitulmal Sarawak.


Wakaf; bukan setakat masjid, surau, tanah kubur. Pelaksanaannya lebih daripada itu



Atas permintaan & cadangan Pn. Hajah Norlida daripada Cawangan Eletrikal, sesi sumbangan wakaf yang dijadualkan hanya pada petang Jumaat itu akan dilaksanakan secara kutipan daripada setiap cawangan di Ibu Pejabat, termasuk di CML & CMW. Oleh yang demikian, pihak PKIJHQ akan melaksanakan permintaan ini sebagai wakil muslimin muslimah di JKR untuk membantu menyumbang ke arah pembinaan rumah Allah di kawasan Matang, Insya Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada Tabung Baitulmal Sarawak, pihak jawatankuasa pengurusan masjid Al-Muhajirin, Matang Jaya (khasnya En. Haji Saed bin Haji Hassan serta Ketua Kaum En. Haji Abu Bakar), AJK serta seluruh muslimin muslimah di JKR kerana telah membantu menjayakan majllis ilmu & amal ini

No comments: