Friday, August 21, 2009

Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan

Pada hari Khamis 20 Ogos 2009 bersamaan 29 Sya'ban 1430 Hijrah, PKIJ HQ telah menganjurkan satu ceramah agama sempena kedatangan bulan Ramadhan. Ceramah tersebut diadakan di bilik Muhibah.


Penganjuran ceramah pada mulanya mengalami masalah apabila pada jam 2.15 petang, bilik Muhibah mengalami masalah bekalan elektrik, disyaki akibat lintar pintas. Tempat ceramah serta seluruh hadirin (termasuk penceramah jemputan Ustaz Hassan Basri dari SMT Sejingkat) terpaksa berpindah ke bilik Persahabatan. Masalah yang sama turut berlaku di sana, kali ini puncanya telah dikenalpasti daripada extension cord yang rosak.

Jurutera elektrik berkaliber, En. Ahmad Aripin sedang memeriksa main distribution board


Aksi segera En. Ahmad Aripin


Alhamdulillah selepas memeriksa main switch board, bekalan elektrik di bilik Muhibah berjaya dipulihkan & seluruh hadirin berhijrah semula ke bilik Muhibah.

Alhamdulilah, seluruh hadirin telah memperoleh manfaat daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hassan Basri yang amat menarik, kadang kala menyebabkan pada hadirin tidak kering gusi dengan usikan serta penyampaian ceramah oleh beliau.


Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hassan Basri dari Sekolah Menengan Teknik Sejingkat, Kuching


Selamat datang, ya Ramadhan!

Sunday, August 9, 2009

Recce ke Surau Nurul Sa'adah di Kampung Segubang, Bau

Pada Sabtu 8 Ogos 2009, saya berserta En. Tamida & En. Safuan telah ke surau Nurul Sa'adah di Kampung Segubang, Bau untuk berjumpa dengan jemaah saudara baru di sana & juga untuk melihat sendiri lokasi program Ibadat Korban PKIJ 2009.


Perjalanan kami turut melalui beberapa kampung berdekatan. Salah satu daripada kampung tersebut ialah Kampung Kopit


Pembentukan batu-batu yang menarik





Tiba di surau Nurul Sa'adah



Kawasan lapang berdepan dengan surau


Di sebalik guard-rail kawasan lapang berdepan dengan surau, ada satu jalan kecil menghala ke satu padang, kemungkinan milik persendirian


Keluasan kawasan agak sesuai untuk aktiviti korban ini dijalankan



Bahagian dalam surau Nurul Sa'adah





Pemandangan di belakang surau, satu kawasan lapang berdekatan dengan sekolah


Di lokasi.


Interaksi dengan jemaah.


Anugerah Maal Hijrah kepada surau Nurul Sa'adah selaku surau contoh di perkampungan Islam


Juadah. Kuih 3 jenis + kopi istimewa


Kehadiran jemaah di semua peringkat umur.



Sepatah dua kata serta sedikit tazkirah daripada imam surau Nurul Sa'adah iaitu Ustaz Asmui Munir b. Tukimin & juga daripada wakil PKIJHQ/Urusetia Saudara Kita (USK) En. Safuan turut disampaikan selaku mukadimah bagi sesi perbincangan dengan jemaah muslimin di Kpg Segubang.

Beberapa perkara juga turut dibincangkan dengan jemaah berkenaan tujuan aktiviti korban 2009 anjuran PKIJHQ serta perancangan yang diperlukan (sebelum, semasa & sesudah aktiviti), yang mana Ustaz Asmui Munir dipertanggungjawabkan untuk membentuk beberapa AJK kerja yang berkenaan, memandangkan keunikkan aktiviti ini yang julung kalinya diadakan oleh pihak jemaah muslimin di Kpg Segubang & khasnya pihak PKIJHQ. Insya Allah, semoga aktiviti ini dapat dijayakan dengan baik & sempurna.

Saturday, August 1, 2009

Ceramah KONSEP WAKAF

Pada hari Jumaat 9 Syaban 1430H /31 Julai 2009, pihak PKIJHQ telah menganjurkan satu ceramah bertajuk KONSEP WAKAF, yang telah disampaikan oleh En. Abang Faizal bin Abang Marzuki dari Tabung Baitulmal Sarawak.

Selain daripada itu juga, majlis ini turut disertakan dengan sesi penerangan daripada pihak wakil jawatankuasa pengurusan masjid Al-Muhajirin, Matang Jaya yang terdiri daripada pemangku pengerusinya iaitu En. Haji Saed bin Haji Hassan serta Ketua Kaum En. Haji Abu Bakar berkenaan rancangan pembinaan masjid baru di Matang. Pihak PKIJHQ & pihak pengurusan masjid Al-Muhajirin, Matang Jaya ingin memberi peluang kepada seluruh muslimin-muslimah di JKR untuk berwakaf bagi membantu membiayai pembinaan masjid ini.


En. Safuan bin Abdullah selaku MC


Jemputan yang hadir



Penyampain ceramah oleh En. Abang Faizal bin Abang Marzuki dari Tabung Baitulmal Sarawak.


Wakaf; bukan setakat masjid, surau, tanah kubur. Pelaksanaannya lebih daripada itu



Atas permintaan & cadangan Pn. Hajah Norlida daripada Cawangan Eletrikal, sesi sumbangan wakaf yang dijadualkan hanya pada petang Jumaat itu akan dilaksanakan secara kutipan daripada setiap cawangan di Ibu Pejabat, termasuk di CML & CMW. Oleh yang demikian, pihak PKIJHQ akan melaksanakan permintaan ini sebagai wakil muslimin muslimah di JKR untuk membantu menyumbang ke arah pembinaan rumah Allah di kawasan Matang, Insya Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada Tabung Baitulmal Sarawak, pihak jawatankuasa pengurusan masjid Al-Muhajirin, Matang Jaya (khasnya En. Haji Saed bin Haji Hassan serta Ketua Kaum En. Haji Abu Bakar), AJK serta seluruh muslimin muslimah di JKR kerana telah membantu menjayakan majllis ilmu & amal ini