Friday, March 19, 2010

Tajuk Ceramah: Pengurusan Stress Dari Perspektif Islam

Pada hari Khamis 2 Rabiulakhir 1431H/ 18 Mac 2010, satu ceramah telah diadakan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Ceramah yang bertajuk 'Pengurusan Stress Dari Perspektif Islam' telah disampaikan oleh Ustaz Basri bin Abdullah, Urusetia Perunding YPEIM.

Antara intipati ceramah tersebut adalah berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan stress, kesan-kesan serta cara penyelesaiannya. Di akhir ceramah tersebut Ustaz Basri telah mengedarkan satu Borang Persetujuan Sadaqatul Jariah Melalui Skim Potongan Gaji untuk diisikan oleh para hadirin. Ia adalah salah satu daripada amal jariah yang boleh disumbangkan melalui YAPEIM.


Para hadirin yang datang awal tidak sabar untuk mendengar ceramah.

Encik Mohd Safuan selaku Pengerusi Majlis.

Bacaan doa oleh Hj Takap bin Abang.

Ustaz Basri dengan gayanya menyampaikan ceramah.


Para hadirin muslimin dengan penuh minat mendengar ceramah.

Para hadirin muslimah.


Pengerusi PKIJ, Encik Khairul Reza menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Basri.


Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dari para hadirin. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Ustaz Basri bin Abdullah. Semoga apa yang disampai melalui ceramah tersebut dapat diambil ikhtibar dan dikongsi bersama-sama yang lain yang tidak dapat hadir.