Assamualaikum,
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PKIJ Cawangan Ibu Pejabat akan diadakan pada:
Hari: Khamis 25 Februari 2010 (11 Rabi’ul Awwal 1421H)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Bilik Muhibah, Tingkat 18
Antara agenda-agenda mesyuarat agung yang akan dibincangkan adalah seperti berikut;
1. Mengesahkan minit-minit Mesyarat Agung Dwitahunan cawangan yang lepas.
2. Membincangkan lain-lain perkara berbangkit dari minit-minit tersebut.
3. Menerima dan meluluskan laporan jawatankuasa Cawangan mengenai aktivitinya dua tahun yang lalu.
4. Menerima dan meluluskan laporan penyata kira-kira dan kewangan yang telah diaudit bagi tempoh 2 tahun yang lalu.
5. Melantik Juruaudit bagi tempoh dua (2) tahun akan datang.
6. Memilih ahli-ahli jawatankuasa Cawangan bagi tempoh dua (2) tahun.
7. Memilih Perwakilan untuk menghadiri Perhimpunan Perwakilan.
8. Membincangkan segala lain-lain perkara.
Kehadiran semua muslimin sekalian, khasnya bagi ahli-ahli yang berdaftar ke mesyuarat agung dwi-tahunan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih
Khairul Reza b. Mohamad Jawi
Pengerusi
Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kerja Raya Sarawak (PKIJ)
Cawangan Ibu Pejabat