Tuesday, December 8, 2009

Program Ibadat Korban di Surau Nurul Sa'adah, Kpg Segubang, Bau 29 November 2009/12 Zulhijah 1430

Pada hari Ahad 29 November 2009 bersamaan 12 Zulhijah 1430 Hijrah, PKIJ HQ serta beberapa kakitangan JKR telah ke Kpg Segubang, Bau bagi menjayakan program ibadat korban bersama-sama dengan saudara baru di sana. Program ini telah dirancang sejak awal tahun bertujuan untuk berkongsi kemeriahan Aidil Adha serta sama-sama belajar berkenaan perlaksanaan ibadat korban.

Program bermula dengan wakil daripada PKIJ HQ serta beberapa kakitangan JKR berkumpul di perkarangan tempat letak kereta JKR Bahagian Kuching seawal 7:30 pagi. Seterusnya semua berkonvoi ke Kpg Segubang pada jam 7:45 pagi dan tiba 45 minit kemudian.

Program di bermula pada jam 9 pagi di perkarangan surau Nurul Sa'adah, Kpg Segubang. Tiga ekor lembu ditumbangkan pada hari tersebut. Alhamdulillah program tamat pada jam 11:30 pagi, jauh lebih awal daripada yang dijangkakan.

Di surau Nurul Sa'adah, Kpg Segubang


Dua ekor lembu pertama yang bakal ditumbangkan


Tendangan maut karate-do..


Percubaan petugas untuk menangkap lembu


Percubaan lembu untuk menyorok daripada petugas


Tali dilontar....


..akhirnya dapat dicekup


Ustaz Asmui Munir Tukimin selaku imam



Bismillahirrahmanirrahim..



Kerja-kerja melapah & memotong daging


Pn. Habibah Mokhtar & Hajjah Saptuyah turut membantu


..disertai oleh Hajjah Siti Fairus


Para hadirin..


Kerja berat menjadi ringan


Surau Nurul Sa'adah, Kpg Segubang



Bodyguard PKIJ HQ


Pasangan kepada Pn. Habibah & Hajjah Siti Fairus turut ikut serta. Terima kasih atas bantuan & sudi meluangkan masa


Dari kiri: Hajjah Rose Nawi, Hajjah Saptuyah, Hajjah Siti Fairus & Timbalan Pengerusi II PKIJ HQ En. Mohd Saifrol merangkap jiran sebelah rumah Pengerusi (thanks for the transport, pok!)

Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada semua kakitangan JKR Sarawak (khasnya Jurutera Bahagian serta Ketua Seksyen Penyelenggaraan Bangunan JKR Bahagian Kuching, Pn. Rose Nawi dari Cawangan Ukur Bahan HQ, Hajjah Saptuyah Su'ud dari Cawangan Akaun HQ, En. Ismail Mosli dari Cawangan Jalan HQ) yang telah memberi sokongan serta membantu menjayakan program yang julung kalinya diadakan ini. Tidak ketinggalan juga semua AJK PKIJ HQ yang telah membantu dari awal hingga akhir, terutama sekali yang hadir bersama-sama dengan ahli keluarga masing-masing (Pn. Habibah Mokhtar, Hajjah Siti Fairus & En. Mohd Safuan Abdullah).



Thursday, November 19, 2009

Pemeriksaan Tapak Ibadat Korban PKIJ-HQ & Surau Nurul Sa'adah di Kampung Segubang, Bau

Lawatan ke Surau Nurul Sa'adah di Kpg Segubang, Bau pada Rabu 18 November 2009 bagi memeriksa tapak perlaksanaan ibadat korban serta mengenalpasti persediaan terakhir sebelum hari sebenar pada 29 November 2009. Wakil surau Nurul Sa'adah, Ustaz Asmui Munir Tukimin telah mengesahkan bahawa segala persiapan serta pembahagian tugas-tugas penting kepada jemaah muslim Kpg Segubang bagi perlaksanaan aktiviti korban telahpun dilakukan. Hanya tinggal beberapa persiapan kecil seperti pemasangan khemah & meja sahaja, yang akan dibantu oleh pihak JKR Bahagian Kuching.


Ustaz Asmui a.k.a. Ustaz Kancil menuju ke surau lama Kpg Segubang


Kawasan di luar bekas surau lama


Kawasan lapang di tepi surau lama


Bahagian belakang surau


Pokok tempat lembu-lembu korban akan ditambat


Naib Pengerusi En. Mohamad Saifrol dan penduduk kampung berbincang tentang lokasi/tapak korban.


Kawasan lapang berdepan dengan surau Nurul Sa'adah, tapak aktiviti korban yang baru.

Friday, September 4, 2009

Ceramah Ihya Ramadhan: "Sunnah Rasulullah Dalam Ibadat Puasa"

Pada Jumaat 14 Ramadhan 1430H / 4 September 2009, satu ceramah bertajuk "Sunnah Rasulullah Dalam Ibadat Puasa" telah diadakan. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Ihsan b. Hj Haidzir dari Jabatan Agama Islam Sarawak. Antara perkara-perkara yang disampaikan oleh beliau ialah berkenaan maksud sunnah, perkara-perkara yang sunat serta yang makruh dilakukan ketika menjalankan ibadat puasa.

Persediaan Bilik Muhibah sebelum ceramah bermula


Perkongsian ilmu oleh Ustaz Hj Mohd Ihsan dari JAIS


Hadirin khusyuk mendengar


Muslimah JKR Cawangan Ibu Pejabat


Memastikan keselamatan majlis terpelihara (hadirin yang lewat turut diambil nama)


Sambutan daripada para hadirin amat menggalakkan, khasnya ketika sesi soal-jawab. Pihak PKIJ HQ & PKIJ Pusat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih atas ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Hj Mohd Ihsan.

Friday, August 21, 2009

Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan

Pada hari Khamis 20 Ogos 2009 bersamaan 29 Sya'ban 1430 Hijrah, PKIJ HQ telah menganjurkan satu ceramah agama sempena kedatangan bulan Ramadhan. Ceramah tersebut diadakan di bilik Muhibah.


Penganjuran ceramah pada mulanya mengalami masalah apabila pada jam 2.15 petang, bilik Muhibah mengalami masalah bekalan elektrik, disyaki akibat lintar pintas. Tempat ceramah serta seluruh hadirin (termasuk penceramah jemputan Ustaz Hassan Basri dari SMT Sejingkat) terpaksa berpindah ke bilik Persahabatan. Masalah yang sama turut berlaku di sana, kali ini puncanya telah dikenalpasti daripada extension cord yang rosak.

Jurutera elektrik berkaliber, En. Ahmad Aripin sedang memeriksa main distribution board


Aksi segera En. Ahmad Aripin


Alhamdulillah selepas memeriksa main switch board, bekalan elektrik di bilik Muhibah berjaya dipulihkan & seluruh hadirin berhijrah semula ke bilik Muhibah.

Alhamdulilah, seluruh hadirin telah memperoleh manfaat daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hassan Basri yang amat menarik, kadang kala menyebabkan pada hadirin tidak kering gusi dengan usikan serta penyampaian ceramah oleh beliau.


Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hassan Basri dari Sekolah Menengan Teknik Sejingkat, Kuching


Selamat datang, ya Ramadhan!

Sunday, August 9, 2009

Recce ke Surau Nurul Sa'adah di Kampung Segubang, Bau

Pada Sabtu 8 Ogos 2009, saya berserta En. Tamida & En. Safuan telah ke surau Nurul Sa'adah di Kampung Segubang, Bau untuk berjumpa dengan jemaah saudara baru di sana & juga untuk melihat sendiri lokasi program Ibadat Korban PKIJ 2009.


Perjalanan kami turut melalui beberapa kampung berdekatan. Salah satu daripada kampung tersebut ialah Kampung Kopit


Pembentukan batu-batu yang menarik





Tiba di surau Nurul Sa'adah



Kawasan lapang berdepan dengan surau


Di sebalik guard-rail kawasan lapang berdepan dengan surau, ada satu jalan kecil menghala ke satu padang, kemungkinan milik persendirian


Keluasan kawasan agak sesuai untuk aktiviti korban ini dijalankan



Bahagian dalam surau Nurul Sa'adah





Pemandangan di belakang surau, satu kawasan lapang berdekatan dengan sekolah


Di lokasi.


Interaksi dengan jemaah.


Anugerah Maal Hijrah kepada surau Nurul Sa'adah selaku surau contoh di perkampungan Islam


Juadah. Kuih 3 jenis + kopi istimewa


Kehadiran jemaah di semua peringkat umur.



Sepatah dua kata serta sedikit tazkirah daripada imam surau Nurul Sa'adah iaitu Ustaz Asmui Munir b. Tukimin & juga daripada wakil PKIJHQ/Urusetia Saudara Kita (USK) En. Safuan turut disampaikan selaku mukadimah bagi sesi perbincangan dengan jemaah muslimin di Kpg Segubang.

Beberapa perkara juga turut dibincangkan dengan jemaah berkenaan tujuan aktiviti korban 2009 anjuran PKIJHQ serta perancangan yang diperlukan (sebelum, semasa & sesudah aktiviti), yang mana Ustaz Asmui Munir dipertanggungjawabkan untuk membentuk beberapa AJK kerja yang berkenaan, memandangkan keunikkan aktiviti ini yang julung kalinya diadakan oleh pihak jemaah muslimin di Kpg Segubang & khasnya pihak PKIJHQ. Insya Allah, semoga aktiviti ini dapat dijayakan dengan baik & sempurna.