Bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha, pihak PKIJ Cawangan Ibu Pejabat telah menganjurkan majlis ceramah agama bertajuk IBADAT KORBAN pada Rabu 26 November 2008 (28 Zulkaedah 1429H) jam 2:30 petang di tingkat 18, Bilik Muhibah.
Ceramah disampaikan oleh En. Kasdinata selaku pengganti Dr Juanda Jaya, Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak yang tidak dapat hadir pada saat akhir atas tugas rasmi.