Setelah sekian lama tidak dijalankan, maka pada Jumaat 24 Syawal 1429H bersamaan 24 Oktober 2008, PKIJ cawangan Ibu Pejabat telah menganjurkan majlis CeRamah Aiddil Fitri 2008, bertempat di Tingkat 18, Bilik Muhibah. Majlis ini ada diadakan bersempena dengan sambutan hari raya Aidil Fitri & uniknya, para hadirin & tetamu jemputan juga turut diberikan sajian minda berbentuk ceramah agama dari ustaz Mohd Izwan b. Mohd Yusof dari Pusat Latihan JAKIM Sarawak.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Kerja Raya Sarawak, Datu Hubert Thian Chong Hui, penolong-penolong pengarah cawangan, ketua-ketua bahagian/unit, jurutera-jurutera bahagian serta pengerusi PKIJ cawangan peringkat bahagian.
Sambutan daripada pihak hadirin amat menggalakkan & di luar jangkaan. Insya Allah, penganjuran majlis ini akan dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
Syukur Alhamdulillah, syabas atas kerjasama serta komitmen AJK PKIJ Cawangan Ibu Pejabat serta sokongan pihak pengurusan JKR Sarawak di bawah pimpinan Datu Hubert Thian Chong Hui & juga daripada PKIJ Pusat kerana membantu menjayakan majlis ini.