Friday, August 15, 2008

Aktiviti Khidmat Masyarakat PKIJ (Ibu Pejabat)-Surau Al-Falah, Kpg Pedaun

Pada 10 Ogos 2008 (8 Syaaban 2008 Hijrah), ahli-ahli PKIJ Cawangan Ibu Pejabat & beberapa peserta telah berangkat dari JKR Kuching ke Kpg Pedaun, Krokong, Bau. Antara yang turut serta ialah Timbalan Pengarah (Pembangunan) yang juga Yang Di-Pertua PKIJ En. Safri Zainudin serta Jurutera Kanan (Cawangan GKS) Hj Junaidi Shahdan.

Perjalanan bermula pada jam 8:30 pagi, bertolak dari JKR Kuching dengan menggunakan bas atas ihsan JKR Samarahan. Para AJK & peserta sampai ke Kampung Pedaun pada jam 10 pagi. Tanpa melengahkan masa, kerja-kerja gotong royong di surau pun bermula. Antaranya, membersihkan perkarangan & ruang solat di surau, pemasangan sambungan paip ke tangki air (bagi memudahkan para jemaah mengambil air wuduk), kerja-kerja elektrikal seperti pemasangan kipas serta pendawaian baru.

Selepas selesai kerja gotong-royong, para peserta & penduduk kampung yang terlibat kemudian mengerjakan solat zohor secara berjemaah. Seterusnya, tibalah saat  menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan. Selepas itu, para peserta & penduduk kampung yang terlibat berkumpul bagi sesi tazkirah yang disampaikan oleh En. Abu Bakar dari UiTM Samarahan. Wakil pengerusi surau Al-Falah, Puan Norlita Abdullah turut menyampaikan rasa terima kasih beliau terhadap sumbangan & bantuan  yang disampaikan oleh pihak PKIJ. Beliau juga berharap agar pihak PKIJ /JKR amnya akan terus membantu bagi meningkatkan perkembangan dakwah & kebajikan komuniti Islam di kampung tersebut. Bagi pihak PKIJ/JKR, En. Safri Zainudin juga turut memaklumkan kepada semua peserta & penduduk kampung bahawa pihak PKIJ/JKR akan cuba memberi bantuan serta menghulurkan sumbangan semampu mungkin. Beliau juga turut mencadangkan aktiviti susulan bagi surau Al-Falah, antaranya gotong-royong mengecat keseluruhan bahagian surau & beliau akan berbincang dengan AJK PKIJ bagi merealisasikan cadangan ini. Seterusnya, beliau menyampaikan cenderahati yang kepada wakil surau Al-Falah iaitu En. Bahar yang juga merupakan imam surau tersebut. Sesi bergambar bersama penduduk kampung turut diadakan, sebelum para peserta & AJK bertolak kembali ke Kuching pada jam 3:30 petang.








Tuesday, August 5, 2008

Tinjauan Ke Surau Al Falah, Kpg Pedaun, Krokong.

Tinjauan ke Surau Al-falah, Kpg. Peduan, Krokong telah dijalankan pada Jumaat 2/8/08 (29 Rejab 1429H). Tinjauan ke surau turut disertai oleh En Safuan, En. Ahmad Aripin serta En. Azri. Tujuan tinjauan ini adalah untuk mengenalpasti lokasi serta keperluan peralatan/bahan bagi kerja-kerja yang akan dilaksanakan pada Ahad 10/8/08 (8 Syaaban 1429H) kelak. Terima kasih buat En. Ahmad Aripin & En. Azri dari Cawangan Elektrikal kerana membantu dari segi pengangkutan dan membuat anggaran kerja elektrikal untuk surau.

Gambar-gambar menunjukan perjalanan ke lokasi, keadaan surau beserta tangki air yang akan diletakkan pada plinth yang telah siap dibina.