Monday, July 21, 2008

Ahli Majlis Tertinggi PKIJ Sarawak 2008-2010

Mesyuarat serta majlis perwakilan dwi-tahunan ke-7 PKIJ telah berlangsung pada 15/7/2008. Dalam mesyuarat & majlis ini, beberapa perkara berkaitan isu-isu penting serta cadangan pindaan terhadap perlembagaan PKIJ telah diketengahkan.

Di samping itu juga, ahli-ahli perwakilan yang hadir telah memilih & mengundi beberapa calon Ahli Majlis Tertinggi PKIJ bagi memberi laluan kepada muka-muka baru & juga bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan Ahli Majlis Tertinggi kerana pertukaran tempat bertugas beberapa Ahli Majlis Tertinggi PKIJ sesi 2006-2008 & sebagainya. Oleh yang demikian, berikut merupakan Ahli Majlis Tertinggi PKIJ Sarawak 2008-2010 yang telah dilantik melalui proses undian.

Yang Dipertua
En. Safri Hj Zainudin

Tim. Yang Dipertua
En. Mohd Sabari Shakeran

Naib Yang Dipertua I
En. Sudin Jaya

Naib Yang Dipertua II
En. Mohd Sadikin Sapiee

Naib Yang Dipertua III
Pn. Nora Tuah

Bendahari
En. Chebby Loren

Juruaudit
Hjh Saptuyah Hj Suut


Mesyuarat serta majlis perwakilan dwi-tahunan PKIJ tahun ini menyaksikan mantan Yang Dipertua PKIJ sejak 1994, Tuan Haji Junaidi Shahdan akhirnya dapat menarik nafas lega kerana kali ini hajat beliau untuk memberi peluang muka baru mengambil alih teraju pimpinan Majlis Tertinggi PKIJ dimakbulkan. Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa beliau akan sentiasa memberi sokongan & akan membantu PKIJ dalam memenuhi matlamat penubuhannya.

Pihak PKIJ cawangan Ibu Pejabat ingin mengucapkan terima kasih atas jasa serta komitmen yang diberikan oleh Tuan Hj Junaidi serta Ahli Majlis Tertinggi yang terdahulu & juga selamat maju jaya kepada Yang Dipertua baru, En. Safri Hj. Zainudin serta Ahli Majlis Tertinggi yang baru dilantik.